Siakap Keli

Wanita Tertipu Kononnya Suami Ejen CIA, Rupanya Hanyalah Penipu Yang Miliki Tiga Isteri Lain Dan 13 Anak

Setelah beberapa tahun berumah tangga dan mempunyai tiga cahaya mata, akhirnya rahsia sang suami yang kononnya bekerja sebagai ejen CIA rupanya pengedar senjata api yang memiliki tiga isteri lain dan 13 anak.

Alison Wilson, 53, mengetahui rahsia besar suaminya itu selepas seorang wanita yang mendakwa dirinya juga isteri kepada William Allen Jordan menghubungi Alison dan memberitahu tentang penipuan itu.

Dia mendakwa bekerja sebagai ejen CIA dan perlu sering bekerja diluar kawasan yang jauh padahal menggunakan masa itu untuk bertemu dengan keluarganya yang lain.

William dikatakan sebagai seorang lelaki dan ayah yang penyayang terhadap keluarganya meskipun sebenarnya seorang penipu bersiri yang mempunyai tiga isteri dan 13 anak yang lain.

“Saya bertemu William dalam talian ketika saya seorang ibu tunggal dengan bayi berusia sembilan bulan. Dia sangat baik dan menarik. Kami terus berhubung melalui e-mel dan sebagainya.

” Kami mula menjalani hubungan serius dan dia mengajak saya berkahwin dua minggu kemudian. Pada mulanya saya enggan tetapi akhirnya bersetuju dengan rancangan itu dan berkahwin dengannya selama empat tahun sebelum rahsianya terbongkar,” ujar Alison yang dipetik dari portal Dailymail.

William juga dilaporkan sempat meminta sejumlah wang kepada Alison dengan menipu bahawa ada individu yang mahu menculik dan membunuh anak mereka sekiranya tidak membayar wang tersebut.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Alison berkata dia kehilangan hampir semua asetnya kerana terpedaya dengan tipu helah suaminya itu.

Bagaimanapun, setelah mengetahui rahsia suaminya itu, dia memutuskan untuk berpisah dan menjalani kehidupan baru bersama anak-anaknya.

William Allen Jordan is pictured being arrested in a car park in New Jersey, USA in 2014 after his bigamy and fraud scams came to light 

William dikatakan berada dalam tahanan polis atas kesalahan penipuan, pengedar senjata api dan juga kesalahan memiliki lebih dari satu isteri.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar