Siakap Keli
Gambar : Bernama

Zahid Hamidi ‘Serah Kuasa’ Kepada Timbalan Untuk Laksana Tugas Presiden UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dalam satu kenyataaannya malam ini bahawa dia menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hassan susulan kemelut yang melanda parti itu.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden,” katanya.

Jelas beliau, keputusan tersebut diambil bagi menamatkan semua masalah berkaitan kepimpinan UMNO dan tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri selepas ini.

”Saya harap semua polimek mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akhir akar umbi fokus memperkukuhkan parti.

”Saya menyeru supaya tidada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN,” katanya.

Beliau berkata, UMNO wajib diselamatkan daripada rebah. Oleh itu, semua ahli perlu bersatu hati untuk menterjemahkan hala tuju parti sesuai dengan slogan baharu “UMNO Bangkit”.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.