Siakap Keli

Berang Kucing Masuk Dalam Rumah, Lelaki Tergamak Pukul Kucing Jiran Dan Campak Dari Tingkat 16

Kejahatan ganas terhadap haiwan termasuk kucing dan anjing meningkat pada kadar yang membimbangkan.

Baru-baru ini kejadian mengerikan berlaku terhadap seekor kucing yang dilepaskan dari tingkat 16 oleh seorang lelaki yang sedang marah menjadi viral di Facebook beberapa hari lalu.

Menurut catatan Facebook yang dikongsi oleh sebuah organisasi pemeliharaan haiwan memberitahu bahawa kucing peliharaan milik Abdul Shaikh yang tidak sengaja muncul di hadapan pintu Shivram di tingkat 16 perumahan di Thane menjadi mangsa kekejaman manusia.

Sebaik melihat kucing itu memasuki kawasan rumahnya, Pancal mula berang dan cuba mengusir dengan memukulnya menggunakan sebatang kayu.

Walau bagaimanapun, pembantu rumah yang turut berada dalam situasi tersebut turut merayu meminta tuannya untuk menghentikan tindakan itu.

Tak mempedulikan rayuan pembantu rumahnya, Pancal kemudian bertindak mencampak kucing tersebut daripada balkoni rumah tingkat 16 ke bawah.

Terkejut dengan tindakan itu, pembantu rumahnya turun untuk mendapatkan kucing tersebut namun gagal menyelamatkannya.

Tidak berpuas hati diatas apa yang berlaku, pembantu rumah tersebut telah membuat laporan kepada organisasi pemeliharaan haiwan berkenaan untuk menceritkan punca kejadian.

Sumber: People with Paws and Wings

BACA: Amritsar Dan Jaipur, Senarai-Senarai Lokasi Yang ‘Super Cantik’ Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

Nur Farra