Siakap Keli
BERNAMA

Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan media mengumumkan penubuhan Tabung Wira Merah iaitu tabung khas untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Allahyarham yang sebelum ini dirawat lebih dari tiga minggu di Institut Jantung Negara akibat menjadi mangsa pukul dalam kejadian rusuhan di Kuil Seafield Sri Mariamman Temple, Jalan USJ 25 Subang Jaya pada 27 November 2018.

”Sehubungan dengan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berhajat untuk menyumbang kepada waris Allahyarham boleh boleh berbuat demikian dengan cara menyalurkan melalui cek/EFT/tunai berdasarkan maklumat di bawah :

Perihal/Catatan:              Wira Merah Adib

No. Akaun Bank:             16010000876715

Nama Akaun Bank:         Akauntan Negara Malaysia – KPKT – T

Nama bank:                    Bank Muamalat Malaysia Berhad

Mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Tabung Wira Merah Adib boleh menghubungi PPjB Siti Rohani Nadir (Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia) di talian 013-2488994 atau 03-88927652.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.