Siakap Keli
Gambar : Bernama

Wanita Tampil Sekolahkan Netizen ‘Mulut Longkang’ Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan pasangan yang dicintai apatah lagi sudah membilang hari bergelar isteri pastinya perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Tatkala segala persiapan sudah siap dilakukan, takdir tuhan menentukan sebaliknya. Hari bahagia yang ditunggu diiringi dengan air mata apabila insan tersayang pergi sebelum sempat disatukan.

Hati siapa yang tidak hancur. Saat seperti ini sokongan dan nasihat amat diperlukan untuk bangun meneruskan hidup. Seperti yang dilalui oleh Nurul Najihah Mohd Radzi, tunang Allahyarham Muhammad Adib, wira negara yang meninggal dunia isnin lalu. Sepatutnya sabtu ini mereka bakal diijabkalbulkan.

BACA : Kita Balik Sama-Sama Untuk ‘Wedding’ Tapi Abang Dalam Keadaan Kaku – Tunang

Namun, terdapat segelintir komen atau status negatif dari netizen yang dimuatnaik di laman sosial terhadap gadis ini. Tampil membidas, seorang wanita memberikan pandangannya. Mungkin ada wajarnya apa yang dikatakan ini. Kita rakyat Malaysia berkongsi kesedihan tetapi mereka insan terdekat yang melaluinya.

BELIAU BUKAN TUNGGUL…

Saya terpanggil untuk menulis perihal beliau kerana satu asbab iaitu komentar kejam dari netizen.

Beliau, seorang gadis yang berstatus tunangan orang di mana mengikut perancangan asal, beliau dan tunangannya akan mendirikan rumahtangga pada tanggal 22.12.2018, iaitu hari sabtu ini.

Di antara ajal dan jodoh, ajal terlebih dahulu menjemput tunangannya. Seorang ahli bomba, wira negara yang berkhidmat untuk membantu masyarakat. Pemergian arwah tunangannya dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

Malah, saat artikel mengenai arwah berlegar di dada media dan dibaca seantero malaysia, kita semua mengalirkan airmata. Kerana apa? Kerana kita sebak di atas asbab pemergiannya walhal dia bukanlah siapa-siapa pada kita.

BACA :  ”Saya Akan Beritahu Anak Saya Betapa Baiknya Kamu Adib,” – Wanita Ini Kongsi Kenangan Terakhir Bersama Arwah

TETAPI, saya silap menelaah. Rupanya, bukan semua masyarakat punya rasa simpati dan berbelas ehsan. Beberapa kali, saya scroll ruangan komentar di beberapa artikel, ada yang menurunkan komen;

Alah.. Tunang je pun, nak nangis beriya bagai..’

‘Cukup-cukuplah nak menangis pun, bukan tunang awak je mati..hari-hari ada kematian.’

‘Sikit-sikit citer dia, dah takda kisah orang lain ke? Nak sedih pun nak beritahu orang. Meluat!’

‘Arwah ni anak yatim ka? Kenapa duk tunjuk tunang dia je menangis? Ahli keluarga dia yang lain takda ka?’

‘Aduhh, meluat pulak asyik tengok tunang dia ni je. Tunjuklah mak ayah adib pulak.’

ALLAHU….

Sampainya hati kalian… Kenapa? Beliau tidak boleh bersedihkah? Sedangkan majoriti masyarakat malaysia boleh menitiskan airmata di atas pemergian arwah, kenapa tidak beliau? Kalau masyarakat malaysia punya emosi, beliau tidak layak bermosikah? Tunggul kayukah beliau?

Puas saya cari dan belek, saya tidak nampak langsung dari mana-mana gambar atau video yang diambil wartawan media menunjukkan beliau menangis meronta-ronta, memukul-mukul dada atau berguling-guling di atas tanah seperti orang jahiliyah yang meratap kematian.

Gambar : Bernama

Beliau hanya terlihat mengalirkan airmata dan mencium baju arwah. Ini perkara biasa yang kita nampak dan mungkin pernah kita atau mana-mana orang lain lalui akibat kesedihan yang melampau. Menasihatkan orang lain untuk tidak melayan emosi itu mudah, tetapi kebanyakan dari kita sebenarnya tewas dalam usaha melenturkan emosi sendiri.

Saat inilah pentingnya sokongan dan doa. Bukan kata nista dan mengaktifkan komen berunsur bawang dan negatif!

Siapa kata mak ayah dan ahli keluarga arwah tidak bersedih? Ingat mereka itu batu? Tiang letrik? Bersepah artikel yang saya baca, komentar dan cerita dari keluarga arwah yang begitu bersedih; menceritakan detik-detik akhir bersama arwah serta mengharapkan keadilan tertegak buat arwah.

Gambar : Bernama

Tetapi, artikel dan cerita perihal beliau lebih mendapat liputan. Sementelah, hari bahagia mereka seperti yang dirancang hampir tiba, maka ia lebih menjentik emosi.

Wajarlah beliau bersedih kerana beliau telah kehilangan orang tersayang. Ada di antara kita yang kematian kucing pun sudah menggugu tangis apatah lagi kehilangan insan. Beliau.. Sepatutnya dalam tempoh 3 hari lagi, status tunangan yang dipegang akan bertukar kepada status isteri – belahan jiwa kepada seorang suami. Tetapi, semuanya terkubur. Allahu… Berat ujian beliau.

Entah apa janji yang pernah termeterai di antara mereka. Entah apa pengorbanan yang mereka lalui untuk sampai ke tempoh ini. Wallahi, kita tidak tahu, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

KITA, tidak berada di tempat mereka. Kita hanya berkongsi kesedihan, tetapi mereka yang melaluinya dari hari malam pertama adib tidak sedarkan diri hinggalah arwah dijemput illahi.

Jika kita tidak mampu memberi sokongan di sebelah beliau dan ahli keluarga arwah, maka kita hantarkan lah doa buat mereka. Mohon kepada Yang Esa agar menitipkan kekuatan dan ketenangan buat mereka. Kita hadiahkanlah ummul kitab buat arwah.

Jika tidak mahu melakukan dua perkara ini, maka berdiamlah dan tahan jari iblis anda dari melakukan dosa percuma dan menyakiti hati orang lain.

Adib… Semoga lena tidurmu di dunia abadi, dalam dakapan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga syurga buatmu. Amin allahumma amin.

Al-Fatihah.

# JusticeForAdib

Sumber : Dee Edot

BACA: Amritsar Dan Jaipur, Senarai-Senarai Lokasi Yang ‘Super Cantik’ Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

BACA : Memang Gila, Jualan BigOne 12.12 Senheng Tawar Diskaun Sehingga 50% Dengan Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di