Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dihantui dengan kematian bapanya didapati menggantung dirinya di tempat yang sama di mana ayahnya membunuh diri pada 10 tahun yang lalu.
Mia Bell yang berasal dari Alfreton, Derbyshire, ditemui tergantung di dalam hutan berhampiran rumahnya oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di situ.
Pada hari kejadian, Mia dipercayai sedang membantu saudaranya di kebun sebelum mengatakan dia mahu berpindah ke kawasan terpencil berikutan kawasan itu akan mula dibangunkan.
Sekumpulan kanak-kanak memberitahu kepada petugas hutan bahawa mereka terjumpa dengan hantu di dalam hutan.

Sejurus itu, petugas tersebut masuk menyiasat dikawasan tersebut sebelum menemukan Mia dan segera menghubungi pihak berkuasa.
Sewaktu ambulans tiba, Mia sempat diberikan bantuan CPR dan dihantar ke hospital namun tahap kesihatannya semakin menurun dan akhirnya disahkan meninggal dunia.
Menurut laporan berita tempatan, terdapat tiga nota bunuh diri yang ditemui berhampiran dengan Mia pada hari kejadian.
Mia dikatakan seorang remaja yang berpewatakan ceria dan girang sebelum bapanya, Steve mengambil keputusan untuk membunuh diri pada tahun 2008, ketika dia berusia enam tahun dan dia menjadi semakin berubah apabila ibunya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi.
Dia tidak pernah dapat menerima hakikat kematian bapanya dan sering menghabiskan masanya di hutan untuk sentiasa ‘dekat’ dengan bapanya.
Sumber: Dailymail