Siakap Keli

Tujuh Tip Bina Harga Diri Anak Perempuan Sejak Kecil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umpama perumpamaan melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa seharusnya mula mendidik anak mereka seawal usia lagi supaya didikan tersebut akan sebati dengan mereka dan tidak akan timbul masalah di kemudian hari.

Selain didikan agama, pengetahuan am, adab dan sebagainya, anak-anak juga perlu diajar untuk membina Self-Esteem (harga diri) supaya mereka lebih tahu mana perkara yang betul dan salah dalam kehidupan ini.

Bagi anak perempuan terutamanya, harga diri perlu ada dan utuh dalam diri mereka untuk dijadikan sebagai antara panduan dan pelindung bagi mereka untuk menghadapi dunia luar.

Entri kali ini akan berkongsi tujuh tip untuk membina harga diri anak perempuan sedari kecil yang dikongsi oleh Mohd Fhais di laman Facebooknya.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Related imageBina Harga Diri Anak Perempuan Sejak Kecil

Harga diri ( Self-Esteem ) perlu di bina sejak kecil lagi kerana bila dah besar nanti ia jadi susah.

Terlalu banyak godaan, pengaruh dan dugaan yang boleh membuatkan anak perempuan kita jadi mangsa dan sering diperkecilkan.

Self-Esteem ini adalah perisai akhir anak perempuan kita supaya mereka lebih menghargai diri sendiri berbanding mengejar orang lain yang tak menghargai dirinya.

7 tip membina harga diri anak perempuan sejak kecil :

#1 – Terima Diri Seadanya

Jangan sesekali berdialog dengan anak perempuan seperti ini, “Mama cantik tak?” atau “Mama dah gemuklah, kena diet” atau bersungut tentang penampilan diri sendiri.

Ini hanya akan membuat anak tadi semakin meragui diri sendiri, kurang percaya diri dan seterusnya rasa rendah diri ( Humility ).

Image result for mother and daughter images

#2 – Beri Peluang Buat Pilihan Sendiri

Sentiasa beri galakan pada anak supaya berani dan berusaha dapatkan apa yang dia mahu. Dalam masa yang sama beri peluang anak bina kemahiran membuat pilihan ( Desicion Making Skill ). Dah besar nanti inilah kemahiran yang akan bantu dia daripada buat kesilapan.

Related image

#3 – Selalu Beri Pujian

Anak perempuan penuh dengan emosi. Sebab itu sangat disyorkan kerap beri pujian pada mereka. Pujian ini dapat menghantar satu meseg pada neuron otak mereka bahawa kita nampak kebaikan dan kelebihan dia. Ini dapat meningkatkan kenyakinan diri ( Self-Confidence ) anak.

Amaran :
Jangan sesekali beri pujian tentang penampilan seperti cantik, lawa dan tinggi kerana ini boleh beri impak negatif pada penerimaan diri ( Self-Acceptance )

Image result for mother and daughter

#4 – Beri Pujian Atas Usaha Mereka

Jangan terlalu fokus pada pencapaian dan prestasi sahaja, sebaliknya puji juga usaha keras mereka. Lumrah kehidupan memang ada menang dan kalah, yang lebih penting ialah jangan mudah menyerah kalah dan terus berusaha. Tanamkan sifat berdaya saing ( Competitive )

Image result for parents and daughter reading

#5 – Berhati-Hati Dengan Bahan Bacaan Yang Ada Di Rumah.

Tahu tak? 20 minit lepas membaca majalah fashion, mood anak akan berubah daripada rasa ingin tahu dan bersemangat kepada membanding diri sendiri dan rasa rendah diri. Sama juga kesannya pada orang dewasa.

” What we read is what we talk and think ”

 

Related image

#6 – Jangan Mengumpat, Mengutuk Orang Lain

Dalam rumah adalah tempat menyemai benih positif. Terutama dalam diri anak-anak. Bayangkan jika kat rumah kita asyik borak negatif atau “Trash Talk” orang lain apa kesan pada anak-anak. Mereka pun akan buat perkara yang sama di sekolah nanti.

Nota :
Setiap patah yang keluar dari mulut kita baik atau buruk, akan jadi benih dalam minda separa sedar kita. Ini bahaya jika anak dah mula cakap buruk sejak kecil.

Image result for parents and daughter

#7 – Tiada Siapa Yang Sempurna.

Ini penting. Ajar anak jangan cuba jadi sempurna untuk sesiapa. Apatah lagi memudaratkan diri sendiri. Jika orang lain tak boleh menerima dia seadanya bermakna orang itu tak sempurna untuk kehidupan dia.

” Sempurna di ukur daripada apa yang kita mampu buat dan bukan apa yang orang lain nak kita buat ”

Jika kita sanggup melabur ribuan ringgit setahun untuk menambah nilai kebijaksanaan anak, sebaiknya kita melabur juga 10-15 minit sehari untuk menambah nilai harga diri anak.

Kerana kebijaksaan itu akan jadi sia-sia jika anak tak boleh menjaga tubuh badan sendiri.

Pesanan untuk diri sendiri,

Biar miskin harta jangan miskin harga diri.

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar