Siakap Keli

(Video) Dari Trek Jalan Kaki Bertukar Taman Rekreasi Bawah Air Yang Cukup Cantik

Satu kawasan trek pejalan kaki untuk beriadah di Brazil ini bertukar menjadi kawasan tasik yang sangat indah dengan air yang jernih setiap kali tiba musim hujan.

Bagaimanapun, fenomena ini tidak berlaku setiap kali tibanya musim hujan. Menurut pengurus taman rekreasi tersebut, Luiza Coelho, keadaan ini hanya berlaku sekali dalam tempoh lima hingga ke tujuh tahun.

Video-video panorama indah di kawasan berkenaan dikongsikan oleh beberapa orang penyelam yang mengambil kesempatan untuk meneroka kawasan tersebut dengan suasana yang berbeza dari biasa dilakukan oleh pengunjung-pengunjung lain.

Hutan Simpan Recanto Ecologico Rio da Prata, terletak di  Bonito ini dibangunkan sebagai kawasan eko-pelancongan akan tenggelam sekurang-kurangnya 10 kaki. Keadaan akan kembali seperti sedia kala sekurang-kurangnya dua hari selepas tenggelam.

Trek-trek penjalan kaki seperti jambatan tergantung boleh direntasi oleh penyelam sambil menyaksikan suasana di sekitar seperti flora yang menghijau, terima kasih kepada air jernih yang mengisi taman rekreasi tersebut.

Saksikan video keadaan taman rekreasi tersebut apabila ditenggelami air di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tVwZKEaH4DA]

 

Sumber: The Indiependent

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.