Siakap Keli

(Video) Kanak-Kanak Terperangkap Selepas Masuk Ke Dalam Mesin Basuh Di Kedai Dobi

Semalam, tular di media sosial sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam mesin basuh di dobi layan diri.

Video yang berdurasi 7 minit itu, menimbulkan reaksi cemas dalam kalangan netizen apabila mesin tersebut tidak dapat dibuka walaupun dicuba berulang kali.

Kelihatan pada mulanya, kanak-kanak itu duduk di depan penutup mesin. Kemudian, datang seorang rakan atau abangnya yang menutup pintu mesin tersebut mungkin hanya niat mahu bergurau.

Tetapi, keadaan menjadi panik apabila dia tidak dapat membuka semula pintu tersebut kerana terkunci.

Seorang lelaki yang berada di situ menyedari apa yang berlaku dan meminta pertolongan daripada pelanggan lain yang berada di situ untuk membantu mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Mujurlah mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang ramai setelah mereka mengumpil pintu mesin dobi tersebut menggunakan batang besi.

Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa yang tidak memantau perlakuan anak-anak sehingga menyusahkan orang ramai.

”Itulah kesan sampingannya apabila mak bapak leka terhadap anak-anak. Pulak tu anak-anak jenis nakal. Kan dah menyusahkan masyarakat. Nasib baik budak tu tak tekan butang mesin,’‘ kata netizen.

Pada masa sama, pemilik dobi juga terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki semula mesin tersebut angkara kecuaian orang lain.

”Untuk makluman semua, mesin tu ada emergency stop button macam kat pam minyak di petrol stesen tu… tekan butang tu boleh la buka. Kalau paksa buka jahanam la pintu washer tu… puluh ribu satu washer tu. Kesian kat owner,” tulis netizen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian ini terjadi, Moga menjadi ikhtibar kepada ibu bapa lain agar mengawasi anak-anak supaya perkara begini tidak berulang lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=LB2hCpac8lc&feature=youtu.be

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.