Siakap Keli

‘Bangla’ Minta Plywood Buat Tempat Rehat, Aku Ingatkan Nak Curi Tulang, Rupanya Ini Yang Mereka Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut mengenai pendatang asing yang bekerja di negara ini, yang sering kali terlintas di fikiran sesetengah daripada kita tentu sahaja perkara-perkara yang negatif kan.

Ada yang merasa marah kerana mereka merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan dan ada juga yang mengaitkan kehadiran mereka ini dengan meningkatnya kadar jenayah dalam negara.

Tidak dapat dinafikan kebenarannya, namun harus diakui juga bukan semuanya yang hadir ke sini berniat tidak baik. Ada juga yang terpaksa meninggalkan negara asal kerana benar-benar mahu mencari rezeki di sini.

Namun, apa yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Ammar Naufal mengenai para pekerja asing di tempat kerjanya mungkin boleh memberi perspektif yang sedikit berbeza mengenai warga pendatang ini.

Menurut Ammar, beberapa orang pekerja asing berasal daripada Bangladesh memintanya menyediakan staging dan plywood untuk dijadikan sebagai tempat rehat.

”Semalam Bangla minta staging dan plywood lebih katanya nak buat tempat ‘rehat’. Mulanya aku tak bagi sebab nanti diaorng mengular bila aku tak ada. Harini datang site baru aku nampak tempat ‘rehat’ diorang,” katanya.

Rupanya tempat rehat yang dimaksudkan oleh warga Bangladesh ini adalah untuk mendirikan sebuah tempat solat, ataupun sebuah surau kecil yang sangat ringkas.

Ammar kemudian yang terharu dengan semangat para pekerja asing ini untuk menunaikan tanggunjawab agama turut menghulurkan bantuan apabila membantu menentukan arah kiblat dengan bantuan rakannya yang lain.

Menurut Ammar, alat menentukan arah kiblat itu dibeli daripada kedai yang menjual barang kelengkapan untuk menunaikan ibadah haji. Dia juga berharap bahawa alat berkenaan memberikan ukuran yang tepat.

Perkongsian yang dibuat Ammar turut menerima reaksi positif daripada beberapa orang netizen. Menurut Anis Ariana, agama Islam selalu meminta penganutnya supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

Manakala Muhammad Shahir pula berpandangan bahawa bukan semua pekerja asing warga Bangladesh ini suka curi tulang ketika menjalankan tugas.

Bagi Aida Syahirahaz pula, dia memberi cadangan kepada Ammar supaya memperbaiki keadaan fizikal surau tersebut suapaya mereka dapat menunaikan solat dalam keadaan yang lebih selesa.

Hafiz Amirun_ pula memuji tindakkan Ammar yang  memunaikan permintaan pekerja-pekerja tersebut dan berpendapat Ammar juga memperoleh pahala daripada kebaikkan tersebut.

Semoga kisah diatas mampu memberi pengajaran kepada kita semua.

BACA: Inilah Masanya, Peluang Untuk Anda Miliki Perabot Mewah Dengan Diskaun Sehingga 80 Peratus Dari Empire Classic Furniture

Sumber : Ammar Naufal

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.