Siakap Keli
Gambar Hiasan

PLUS Umum Tutup Semua Laluan Tambah Nilai Di Musim Hari Krismas Dan Tahun Baru

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa akan menutup kesemua 97 lorong tambah nilai di plaza tol PLUS bermula 21 Disember ini sehingga 2 Januari depan.

Pengumuman penutupan itu dibuat bagi melancarkan perjalanan trafik ketika musim perayaan iaitu Hari Krismas dan cuti Tahun Baru 2019.

 ”Penutupan lorong tambah nilai seperti lazimnya di setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, pihak PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles dan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang mencukupi sebelum menggunakan perkhidmatan lebuh raya PLUS menjelang musim perayaan ini. Orang ramai juga boleh menggunakan MyKAD untuk transaksi di plaza tol.

”Pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.”

Sumber: PLUS Berhad

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di