Siakap Keli
Gambar Hiasan

Epal Diamond Hitam Sangat ‘Rare’, Mungkin Ini Kali Pertama Anda Dengar

Secara umumnya, kita hanya mengenali warna epal merah dan hijau sahaja, tetapi pernah atau tak terlintas dalam minda anda untuk melihat epal selain warna sediakala yang ada?

Jika ya, hari ini kami akan tunjukkan epal yang berwana hitam dan sering dipanggil diamond hitam oleh penduduk di Tibet, China kerana ia hanya tumbuh di pergunungan Tibet sahaja.

Fizikalnya sama seperti epal yang lain cuma warnanya saja yang berbeza. Isi juga sama seperti epal yang lain. Walaupun digelar ‘diamond hitam’ tetapi warna asalnya ialah ungu gelap, berkilauan dan mempunyai testur yang bagus. Pada kulitnya bersinar-sinar seperti berlian.

Sumber; Freshplaza

Pengeluaran di kebun Nyingchi bermula tahun 2015 lalu, selepas tiga tahun pokok ini di tanam, buah ini hanya boleh didapati di pasaraya mewah sekitar Beijing, Shanghai, Guanghzou dan Shenzhen. Harga epal ini sangat mahal dan mencecah RM 30 sebiji.

Atas kerana pengeluaran terhad dan kos pengedaran tinggi, epal ini sangat berharga dan tergolong dalam barang mewah di China. Mereka hanya menjual dalam paket sahaja, satu paket mengandungi 5-6 biji dan mencecah RM 180.

Kebanyakkan pertumbuhan baka epal ini mencapai kematangan dalam tempoh 2 hingga 5 tahun namun pokok ini mempunyai tempoh matang kurang daripada 8 tahun. Lebih-lebih lagi , hanya 30% sahaja hasil daripada pokok epal diamond ini menghasilkan betul-betul warna yang diingini untuk dijual sebagai ‘epal diamond hitam’.

Sumber: Odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang