Siakap Keli

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain Untuk Lepas Geram Setiap 25 Disember

Takanakuy adalah salah satu amalan yang dicipta masyarakat Peru untuk melepaskan geram antara satu sama lain pada setiap tahun, 25 Disember.

Amalan ini bermula di Santo Tomas, ibu kota Chumbivilcas dan sekarang sudah merebak di setiap kampung dan bandar-bandar lain.

‘Perayaan’ ini diselang-seli dengan tarian dan hiburan lain selain daripada aksi tumbuk-menumbuk, menggigit dan menarik rambut pihak lawan.

Selepas puas menumbuk, mereka perlu memeluk dan berjabat tangan tanda dendam yang dipendam itu sudah diselesaikan.

Tujuan ‘pertempuran’ ini adalah untuk menyelesaikan konflik sesama individu, sahabat, anggota keluarga atau menyelesaikan konflik wilayah yang telah datang sepanjang tahun.

Gaya perjuangan yang digunakan semasa perayaan ini agak sama dengan seni mempertahankan diri yang melibatkan menendang, menumbuk, dan pergerakan kasar lain.

Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap daripada mereka mengambil bahagian dalam ‘meluhurkan’ rasa ketidakpuasan hati melalui festival ini.

Sumber: Wiki

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di