Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Lepaskan Bebanan Kita Kepada Orang Lain, Ini Tips Hantar Anak Ke Pengasuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seseorang yang terlalu sibuk untuk menguruskan anak-anak di rumah, pastinya akan memerlukan pembantu u tuk meringankan bebannya. Pernah atau tak, terlintas di minda anda tentang bebanan yang anda tanggung itu diberi kepada orang lain?

Jika ya, sudah tentu tidak berlaku pelbagai ancaman dan berita yang tidak baik mengenai pengasuh budak. Mungkin saja anda boleh juga ringankan beban mereka dengan menyediakan barang kelengkapan anak sebelum menghantar ke rumah atau tempat penjagaan.

Hal ini dikongsikan pengalaman oleh seorang wanita dan ibu berkerjaya juga menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Katanya, selagi kita bersangka tidak elok dengan sesiapa, selagi itu urusan kita tidak akan dipermudahkan.

Wanita ini bernaseb baik kerana mendapat pengasuh dikalangan ahli keluarga sendiri, tetapi ada juga rakan-rakannya yang bernasib baik sepertinya kerana dikurniakan seorang pengasuh yang bertanggungjawab.

Ya, ia merupakan rezeki masing-masing. Jika amanah yang dipikul itu diambil sambil lewa sahaja dan lebih mementingkan bayaran. Maka berlakulah perkara-perkara seperti didalam akhbar.

Cuma, nak salahkan pengasuh sahaja pun tidak boleh. Kerana bukannya tidak jumpa kerenah ibu bapa yang menghantar anak meraka kepada pengasuh seperti menghantar anak kepada orang gaji. Memang dibayar bulan-bulan tetapi janganlah mengambil kesempatan terhadap pengasuh kalian.

Pesanan daripada wanita ini kepada mereka yang hantar anak kepada pengasuh;

1. Pakaian
Sediakan pakaian anak secukupnya. Sediakanlah lebih sikit baju anak-anak, pampers anak-anak. Janganlah buruk sangka bahawa pampers anak itu diberikan kepada anak orang lain yang turut diasuh. Jangan kedekut sangat.

2. Ambil Anak Ikut Masa Yang Ditetapkan
Kalau boleh, masa balik kerja tu. Ambillah anak ‘on time’. Janganlah nak balik tidur dulu. Kemudian tak beritahu pula yang akan ambil anak lambat. Tertunggu-tunggu pengasuh tu. Mereka pun ada kerja lain juga nak buat.

3. Cuti
Kalau hari anda cuti, cutikanlah juga pengasuh. Hari-hari anda hantar, kemudian hari cuti anda hantar sebab anda nak rehat. Pengasuh tu tak payah rehat ke? Elok pula ada yang siap pergi berkelah dengan anak-anak yang dah besar dan tinggalkan dibayi dengan pengasuh. Padahal, anak-anak itu sudah boleh diharap untuk tengok-tengokkan anak anda.

4. Bayaran 
Bayar upah pengasuh seelok-elok ikut perjanjianlah. Kalau ada masalah kewangan tiba-tiba muncul, inform mereka. Bukannya buat diam, pengasuh pula tebal muka nak minta bayaran upah. Delay sampai 10 dari. Kemudian bagi alasan terguna. Janganlah sampai tidak ada belas begitu.

5. Makan minum
Bab makan minum pula. Memanglah anak kita kecil, banyak mana makanan rumah pengasuh akan luak. Tetapi kan elok berbahasa, ada duit lebih, tolong belikan lauk basah ke, sayur ke. Kita berbahasa, pengasuh pun senang hati. Ini tidak, dia tak hulur makan, anak dihantar waktu tengah hari pun tak diberi makan dari pagi lagi, disuruh pula menumpang kat makanan anak orang lain yang diasuh sama. Beragaklah.

6. Bekal
Kadang-kadang, ada ibu bapa suka bekalkan anak-anak dengan makanan/minuman seperti biskut/vitagen/coki coki. Kalau boleh, sediakanlah lebih sikit. Hulurkan juga kepada anak pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh. Tak rugi pun kita bersedekah sekali sekala kan.

7. Janganlah Beri ‘Bekal’ Extra

Ada ibu bapa juga akan memberikan ‘bekal’ extra kepada pengasuh iaitu pampers anak yang penuh dengan najis. Kalau anak baru berak. Ok lagi. Tapi kalau najis dah kering kat punggung. Pemalas betullah!.

8. Jangan nak jatuh hukum
Asal anak balik nampak luka sikit. Kita tuduh dia dera. Kita tuduh dia suka-suka pukul anak kita. Hakikatnya, lasak budak-budak baru nak pandai bertatih, berjalan, merangkak tu kita tak tahu bagaimana kan. Kalau kita pun terkadang tidak dapat sabar dengan anak yang kita kandung sendiri. Bagaimana dengan mereka? Cuma, saya rasa kita pun tak mampu jadi seperti pengasuh yang sanggup menjaga anak orang luar seperti anak sendiri untuk beberapa jam.

9. Bonus
Janganlah terhad sangat bagi upah kat pengasuh takat jumlah yang sedia ada. Kalau kita dapat overtime ke, ada claim extra ke, bonus raya ke, tak salah kalau kita hulur-hulur sikit kat mereka tanda terima kasih. Ini tidak, anak dah besar sikit, ada yang suka-suka turun upah tanpa berbincang. Macam ni pun ada. Berkiranya!

10. Undang-undang
Janganlah rigid sangat dengan ‘itu tak boleh’, ‘ini tak boleh’ kat pengasuh. Lebih-lebih lagi pengasuh yang dah berpengalaman dari kita yang baru ada anak satu ni. Memang ada ibu bapa hipster dengan #ibumuda #youngcouple yang cerewet sebagai contoh bab makan anak perlu bagi puri lah, minum susu mesti EBM (tapi bagi yang beku kejung dalam bekas. Anak melalak nak minum, pengasuh terkejar-kejar nak bagi susu cair).

Kita ni, ada orang yang sudi jaga anak kita pun kita patut bersyukur. Janganlah kita ambil kesempatan pula. Sebab apa, sebab kesabaran seseorang tu ada limitnya. Elok-elok dia boleh tahan sabar, kita naik lemak, anak-anak kita pula jadi mangsa.

Notakaki;
Dia manusia, kita manusia. Maka bertolak ansur dan memahami. Kita tahu senang atau tidak jaga anak sendiri.

#BelNawhen
Kalau takde pengasuh. Macam manalah agaknya ya. 😢
#SayaJururawat

 

Sumber ; BelNawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang