Siakap Keli

Jualan Huawei Nova 2i Macam Pisang Goreng Panas, Ini Sebab Kenapa Huawei Nova 3i Mampu Menandingi Kejayaan Abangnya.

Tahun ini permainan liga peranti RM1,000 menjadi highlight dalam pasaran tempatan. Saban tahun peranti menjadi semakin murah dengan penawaran spesifikasi yang semakin menarik.

Selepas kejayaan model Huawei Nova 2i tahun lepas, kali ini kita dihidangkan pula dengan model Nova 3i dan ini adalah sebab kepada Nova 3i mampu menandingi kejayaan abangnya.

#Cip Pemprosesan Dinaiktaraf

Tahun ini Huawei Nova 3i dibekalkan dengan cip pemprosesan terbaru iaitu Hisilicon

Kirin 710. Dengan teknologi binaan 12nm yang lebih jimat bateri, dan prestasi grafik yang lebih baik untuk bermain game. Huawei mendakwa Kirin 710 ini 68% lebih laju dari Kirin 659 (processor Nova 2i), dan graphics performance 130% lebih bagus .

Jadi kalau nak main game, Nova 3i ni lebih sesuai terutamanya PUBG MOBILE ditambah pula dengan sokongan GPU Turbo yang memberikan pengalaman bermain yang lebih dasyat dengan efek bunyi 3D dan peningkatan prestasi grafik

#Kamera 24MP Dengan Bantuan AI

Kredit: Gadgetmatch

Kamera depan kini 24MP+2MP, berbanding 13MP+2MP di Nova 2i. Kamera belakang masih 16MP tetapi dilengkapi fungsi AI untuk membantu pengguna mendapatkan gambar yang cun. Ambik je gambar banyak-banyak, nanti AI tu dengan sendirinya mencantikkan gambar.

#Banyak Ciri Menarik Pada Aplikasi Kamera

Ada juga beberapa fungsi menarik seperti 3D Qmoji dan AR lens. Comel je.

Fungsi Qmoji. Cara menarik untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui panggilan video
Fungsi AR lens dimana korang boleh guna bermacam-macam jenis sticker untuk selfie yang lebih ‘cute’

#Memori Lebih Besar Tak Perlu Pening Kepala

Kredit: phonesinnepal

Sekarang ni fon sangat penting sampai nak ingat no parking pun kita ambik gambar supaya tak lupa waktu nak balik. Maka dengan ruang memori sedia ada 128GB dan pilihan untuk tambahan dengan kad micro SD berbanding 64GB memori pada model lama. RAM masih kekal pada 4GB.

#Rupa Paras Lebih Menawan

Dengan rekaan gradient tona warna unggu ke biru, boleh membuatkan korang jatuh cinta sekelip mata.

Kalau korang beli kat Lazada Huawei Official Store siap dapat hadiah percuma kad SD Sandisk 64GB dan ROCK power bank 10,000mAh. Untung banyak dah tu dengan harga RM1,099. Boleh jugak layari Huawei Online Official untuk info lanjut.

Kesimpulannya, kalau bajet dalam lingkungan RM1200 ke bawah, dan korang suka main game, suka ambil selfie, atau cari storage besar, ini lah fon untuk korang.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think