Siakap Keli

Nampak Perutnya Kempis Dan Ramping, Tak Sangka Rupa-Rupanya Sedang Sarat Hamil 37 MInggu

Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi ini yang berlaku kepada seorang remaja apabila mendapati dirinya mengandung sembilan bulan. Dia yang terkejut langsung tidak menyedari kehamilannya itu kerana tidak mengalami perubahan fizikal malah perutnya juga kempis.

Remaja tersebut, Saffron Heffer, 18, dari Essex, England, berkata, dia tidak menyangka perkara itu walaupun tidak datang haid dalam tempoh yang lama kerana merasakan itu hanya kesan dari ubat-ubatan yang diambil.

Malah, gadis ini juga menjalani aktiviti seperti biasa dengan aktif ke gim dan mengalami penurunan berat badan. Namun, apabila ternampak kesan rekahan pada perutnya, ibunya menyarankan agar dia melakukan ujian kehamilan.

Gambar : Unilad.co

Apabila menemui doktor, alangkah terkejutnya remaja ini apabila dia diberitahu sedang hamil 37 minggu. Hasil bantuan bidan berpengalaman, kedudukan bayi dalam kandungannya telah dibetulkan semula.

Menakjubkan, daripada perut yang kelihatan kempis, dalam tempoh beberapa hari rawatan, perut remaja ini memboyot seperti wanita lain yang sedang hamil.

Gambar : Unilad.com

Kira-kira enam minggu kemudian, Saffron selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat dan comel bernama Oscar, seberat 3.6 kilogram.

”Saya merasa kemurungan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum dia lahir. Setelah kelahirannya, dia sangat sempurna. Kalau anda bertanya bayi yang sempurna, pastinya dia,” katanya.

Sumber : unilad.co.uk

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.