Siakap Keli
Gambar Hiasan

Oat Bukan Hanya Membantu Turun Berat Badan Tetapi Dapat Melindungi Anda Daripada Risiko Penyakit Berbahaya

Setiap orang inginkan badan yang sihat, tetapi bukan semua orang mampu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Terutama dalam mengawal nafsu makan, kalau boleh setiap hari kita ingin makan nasi lemak atau roti canai semasa sarapan. Bukan tidak boleh, namun kita perlu mengatur gaya pemakanan kita untuk kekal sihat dan tidak dihinggapi penyakit berbahaya seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sumber Google: http://oze.my

Bercakap tentang makanan, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah makanan yang berkhasiat dan sesuai di makan. Tentulah sayur-sayuran dan buah-buahan antara makanan yang boleh dikatakatan mesti diambil setiap hari bagi melancarkan pencernaan.

Mereka yang berdiet pasti akan makan oat kerana tidak mahu makan nasi. Adakah oat tidak mengandungi lemak atau ia hanya sesuai untuk mereka yang sedang menguruskan badan. Hari ini penulis ingin berkongsi khasiat yang terdapat dalam oat dan bolehkah oat diamalkan oleh semua peringkat umur.

Oat adalah makanan yang sering diambil semasa sarapan dan dikatakan antara bijirin yang kaya dengan pelbagai faedah makanan. Oat kaya dengan pelbagai serat larut dan tak larut yang membantu melancarkan pencernaan seterusnya dapat mencegah berlakunya sembelit.

Selain itu, bagi mereka yang ada penyakit diabetes boleh mengamalkan oat kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bijirin ini mampu mengurangkan kadar gula dalam darah sejurus dapat melindungi anda daripada dibelenggu penyakit ini.

Sumber Google: www.insidephilanthropy.com

Kandungan yang terdapat dalam oat dapat melindungi anda daripada risiko penyakit berbahaya seperti kanser dan juga jantung kerana hanya mengandungi 1.5 gram lemak. Walaupun oat kurang kalori tetapi ia mengandungi pelbagai serat yang membuatkan anda cepat kenyang.

Oleh kerana oat, membantu seseorang untuk cepat berasa kenyang tanpa perlu mengambil makanan berat yang lain, kerana itu ramai yang akan menjadikan oat sebagai makanan utama semasa diet. Kini, pelbagai bentuk oat yang dikeluarkan seperti biskut oat, oat segera dan ada juga yang mempelbagaikan rasa oat dengan menambah buah-buahan tanpa mencampurkan sebarang pewarna.

Sumber Google: www.healthline.com

Bagi mereka yang menganggap oat hanya untuk mereka yang berdiet, sebenarnya salah. Golongan dewasa boleh mengamalkan oat dan dalam masa yang sama dapat melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya. Mengamalkan hidup yang sihat, bukan bermakna kita tidak boleh mengambil makanan berlemak ia masih boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sikit dan mengikut keperluan tubuh.

Sumber: healthlinefood.ndtvmedicalnewstoday

 

marlya syafikah