Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Tragis, Ibu Tergamam, Anak 3 Tahun Maut Putus Kepala Dilarikan Harimau Bintang Depan Mata

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila melihat anaknya dilarikan seekor harimau di hadapan matanya sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa. Kejadian yang berlaku di India itu menyebabkan mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menemui ajal dalam keadaan kepala terputus.

Difahamkan, ketika kejadian, kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Wasim Akram itu sedang berada di dapur bersama ibunya ketika harimau bintang itu tiba-tiba masuk ke rumah mereka. Haiwan tersebut terus menerkamnya sebelum dia dilarikan ke dalam hutan berhampiran.

Menurut laporan, Wasir merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang maut disebabkan serangan harimau bintang di India sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Gambar : Google

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah keluarganya selasa lalu. Pihak berkuasa kini sedang giat memburu binatang tersebut yang dipercayai mengorbankan Wasim dan dua mangsa lain dalam tempoh dua bulan.

Warden pegawai hidupan liar wilayah Jammu, Tahir Ahmad Shawl memberitahu AFP bahawa haiwan tersebut berjaya dikesan tetapi mereka gagal menangkapnya.

“Ini adalah kawasan hutan tebal dan manusia telah memasuki habitat haiwan berkenaan menyebabkan insiden ini berlaku,” katanya.

Sekurang-kurangnya empat lagi maut dalam serangan harimau bintang sejak akhir-akhir ini di India. Pegawai tempatan juga telah meminta ‘perintah penghapusan’ haiwan berkenaan dari kerajaan negeri bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.