Siakap Keli

(Video) Desaru Coast Adventure Waterpark Taman Tema Malaysia Yang Kini Antara Terbesar Di Dunia

Sebut sahaja tentang negeri Johor, sudah tentu banyak lokasi pelancongan yang terdapat di sana. Tambahan pula, Johor bagaikan sedang dilanda tsunami kemajuan apabila tempat-temoat menarik pesat membangun di sekitar negeri Johor.

Baru-baru ini kami pergi bercutin ke salah satu pusat tarikan pelancong di Johor iaitu Desaru Coast Adventure Waterpark yang terletak bersebelahan dengam Hard Rock Hotel, Desaru.

Taman tema air antara yang terbesar di Asia itu baru sahaja dibuka untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti menarik tersedia. Desaru Coast Adventure Waterpark ini dilengkapi dengan Tidal Wave Beach dan ombak buatan sendiri itu antara tertinggi di dunia dan mampu mencapai sehingga 4 meter tinggi.

 

Selain itu, untuk kanak-kanak pula Kids Ahoy adalah kawasan yang bakal memberikan keceriaan untuk anak-anak anda dan turut dilengkapi dengan 13 papan gelongsor yang berbeza.

Seterusnya, taman tema air ini juga dilengkapi dengan dua corong tenaga tinggi yang dinamakan The Tempest. Disini anda akan merasa takut dan teruja apabila menlusuri The Tempest ini dan bakal memberikan pengalaman yang luar biasa.

Banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di Desaru Coast Adventure Waterpark ini dan tidak rugi untuk anda bawa keluarga tersayang bercuti ke sini dengan harga tiket yang sangat berpatutan di musim cuti ini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)