Siakap Keli

‘Dividen’ ASB 2018 Paling Rendah Dalam Sejarah

Semalam pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB)  telah mengumumkan pulangan pendapatan yang bakal diterima pelanggannya adalah sebanyak 6.50 sen dengan bonus 0.50 sen seunit untuk skim ASB tahun ini.

Walau bagaimanapun, jumlah pendapatan itu dilihat jauh berbeza daripada tahun-tahun lalu yang rata-rata melebihi 7 sen seunit.

Tahun lalu memperlihatkan pulangan pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.00 sen dengan bonus 1.25 sen bagi seunit ASB.

Oleh itu, pendapatan tahun ini dikatakan antara dividen terendah dalam sejarah berbanding pengagihan yang diberikan pada tahun-tahun lalu.

Kredit: Mysumber
Kredit: Mysumber
Kredit: Mysumber

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di