Siakap Keli

(Video)”Ingat Saya?”, Lelaki Tunggu 20 Tahun Untuk Balas Dendam Cikgu Yang Mendendanya Dulu

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa dalam kejadian pukul terhadap seorang persara guru dipercayai akibat dendam selepas pernah dipukul mangsa kira-kira 20 tahun dahulu, dalam kejadian yang berlaku di China.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Chang ditahan pada Khamis selepas video rakaman ketika kejadian berlaku tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen terhadap tindakkan biadapnya.

Melalui rakaman tersebut, Chang dilihat menahan mangsa yang ketika itu sedang menunggang sebuah motosikal di kawasan Bandar Luanzhou dan bertanya sama ada mangsa masih mengenalinya.

Chang kemudia dilihat menampar bahagian muka dan kepala mangsa, Zhang, beberapa kali dalam tempoh 20 minit. Zhang dilihat tidak membalas perbuatan Chang sebaliknya didengari berulang kali memohon maaf daripada suspek.

Pada Rabu, seorang individu yang mendakwa dirinya Chang mengakui telibat dalam kejadian pukul tersebut yang berlaku Jun lepas dan berkata rakaman tersebut adalah rakaman peribadi serta tidak bertanggungjawab memuat naik video berkenaan ke alam maya.

Lelaki yang mengaku sebagai Chang itu juga berkata bahawa Zhang, 50, merupakan guru bahasa Inggerisnya di sekolah. Chang mendakwa dia dipukul setelah Zhang mendapati dirinya tertidur ketika di dalam kelas.

Chang berkata, Zhang ketika itu bertindak dengan keterlaluan iaitu menendang kepala dan badannya sebanyak 10 kali.

”Saya mahu meminta maaf kepada semua guru yang lain, tetapi tidak Zhang,’‘ kata lelaki itu yang mengakui kejadian berkenaan menyebabkan dia merasa trauma dan mahu membalas dendam.

Sehari selepas video berkenaan dimuat naik ke platform Weibo, polis China dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah melancarkan satu siatan dan akan menahan Chang dengan segera.

Chang ketika berjaya ditahan polis memberitahu dia tidak membuat aduan terhadap tindakan Zhang ketika itu kerana risau mendapat malu.

Dakwaan guru memberi hukuman yang kasar kepada murid di sekolah-sekolah di China bukanlah satu perkara asing. Sebelum ini, beberapa orang guru termasuklah mereka yang menyelia tadika pernah didakwa kerana bertindak kasar terhadap kanak-kanak.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TNwDkDkkJqk]

 

Sumber: South China Morning Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.