Siakap Keli
Gambar hiasan

Keluarga terkejut Anak Disangka Mati Dan Dikebumi Pulang Ke Rumah Selepas Empat Hari

Seorang budak perempuan dipercayai mati dan telah dikebumikan oleh keluarganya mengikut tradisi di Punjab, India. Namun terjadi perkara yang mengejutkan keluarganya, apabila Naina yang dipercayai hilang itu pulang dengan selamat ke rumah keluarganya 4 hari selepas majlis ‘pengebumian’ itu.

Sebelumnya, Naina, 26 tahun dilaporkan hilang bersama-sama seorang lelaki pada hari sabtu 8 Disember. Satu mayat yang dipercayai berumur lingkungan 20 tahun dijumpai di bandar yang sama selepas Naina dilaporkan hilang.

Polis mempercayai Naina dibunuh oleh lelaki yang hilang bersamanya. Mayat tersebut ditemui oleh seorang petaniĀ  di dalam beg guni dekat sebuah tanah lapang.

Bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan dicekik pada bahagian lehernya. Keluarga Naina kemudiannya menuntut mayat tersebut sebelum melakukan ritual pengebumian.

Polis tempatan sudah mengambil sampel DNA dari mayat tersebut dan mula melakukan proses penyiasatan bagi mengecam identiti mangsa.

Bagaimanapun, mayat tersebut mengalami kecederaan teruk di bahagian muka menyebabkan proses pengecaman identiti sukar untuk dilakukan.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar