Siakap Keli

‘Macam Mana Ada Darah Beku?’, Selepas Disoal Baru Wanita Hamil Ini Mengaku Pergi Mengurut

Berurut mungkin sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang jika badan terasa amat lesu. Dengan berurut terasa seakan-akan darah di dalam badan kembali mengalir lancar. Lengih pada sendi pun hilang. Jika kena pada tukang urutnya, memang berbaloi la.

Bukan itu saja, ada juga wanita hamil yang mengambil perkhidmatan urut untuk ketika tempoh ini bagi memastikan badan kekal sihat. Sama ada nak betulkan kedudukan rahim ataupun tak mahu badan dimasuki ‘angin’.

Tapi tak bahaya ke? Bagaimana kalau sampai terjadi pendarahan beku akibat berurut seperti yang dikongsikan oleh jurarawat, Bel Nawhen ini. Jom baca perkongsiannya di bawah, semoga bermanfaat ya.

Berurut dan padahnya.

Waktu saya kerja malam tempoh hari, jam 3 pagi saya assist 1 kes ini.

Ibu hamil kembar 30 minggu dikhuatiri mengalami ovari yang berpintal kerana mengadu sakit di bahagian abdomen sebelah kanan dengan skala kesakitannya 8 dari 10. Maka pembedahan perlu dilakukan sebab ibu memang dalam kesakitan.

Apabila buat insisi di bahagian otot, ada darah beku yang mana membuatkan kami tertanya-tanya kenapa pula ada darah beku sedangkan secara normalnya tidak boleh ada pun.

Setelah seluruh kaviti dibuka, dan pemeriksaan dilakukan, kedua-dua ovari dan tiub adalah normal. Jadi, explorasi dilakukan, ada rasa membonjol di bahagian kanan abdomen hingga ke diaphragm. Bonjolan itu rupanya darah beku yang terkumpul di ototnya akibat kecederaan yang berlaku disana. Lebih kurang 250cc darah beku dikeluarkan. Banyak bukan. Patutlah ibu tidak boleh tolerate dengan kesakitannya.

Terus refer ke pakar pembedahan. Pakar pembedahan meminta drain (tiub khas untuk monitor perdarahan) disambung dan abdomen ditutup setelah selesai pengeluaran darah beku.

Selepas pembedahan, interview dilakukan pada suami dan ibu untuk kenalpasti punca berlaku kejadian tersebut. Rupanya si ibu dan suami mengaku telah pergi mengurut kerana menyedari rahimnya sedikit ke kiri dan urutan dilakukan untuk kembalikan kedudukan rahim ke tengah2 kembali.

Saya tidak tahu bagaimana keadaan rahim kekiri itu dikenalpasti dan bagaimana beraninya yang mengurut itu ‘menolak’ rahim dengan bayi didalamnya. Tidakkah dia tahu beberapa risiko boleh berlaku antaranya keguguran janin?

Entah alat apa digunakan untuk ‘menolak’ rahim diguna. Entah berapa skala kekuatan pula digunakan hingga cedera otot dalam abdomen.

Berurut di bahagian abdomen boleh meransang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Jadi, waspada apabila anda merasa kesakitan yang teramat sejurus selepas berurut.

Urutan untuk melegakan ketegangan, mengurangkan stress dan mengurangkan lenguh-lenguh waktu hamil amat membantu, tetapi bila tidak ada keperluan, tidak kena tempat, tidak dilakukan oleh mereka yang berkepakaran, penyakit jadinya.

Sumber: Bel Nawhen

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.