Siakap Keli

“Saya Sedia Diambil Tindakan Dan Tak Akan Sama Sekali Minta Maaf,” Syed Saddiq Bidas Kenyataan Ramasamy Isu Letak Jawatan P. Waythamoorthy

Baru-baru ini, Syed Saddiq didakwa telah menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Mahathir susulan kenyataannya mendesak Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, P. Waythamoorthy meletak jawatan.

Kenyataannya itu turut mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy yang menegaskan bahawa tindakan Syed Saddiq perlu diambil tindakan.

Justeru itu, Syed Saddiq melalui laman Facebook miliknya membidas desakan yang diterima.

Saya tidak masuk politik untuk “play safe”.
Saya tidak masuk politik untuk jadi “pak turut”.
Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. I will never apologise for speaking my mind.

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas YB Dr Afif (PKR) yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Isn’t he your colleague from Penang? Heck was even an EXCO with you.
(https://www.bharian.com.my/…/dr-afif-tetap-mahu-waytha-moor…)

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Pemuda Amanah kerana “menghina kebijaksanaan Tun”
(https://www.bharian.com.my/…/pemuda-amanah-terengganu-mahu-…)

Jangan lupa “sekolahkan” Datuk Kadir Jasin sekali.
(https://www.bharian.com.my/…/eloklah-waytha-moorty-letak-ja…)

Sayap pemuda Parti Tuan sendiri pernah mendesak Menteri Pendidikan suruh letak jawatan. Tapi bila ada pimpinan ARMADA buat yang sama, kita dituduh mengkhianati PH, dituduh memainkan sentimen perkauman, dituduh seperti UMNO&PAS. This has nothing to do about race. It’s about agreeing to disagree, about not suppressing people’s right to freely express their viewpoints.

Sebagai Ketua ARMADA, saya bertanggungjawab untuk membenarkan rakan rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan mereka. Kita percaya dengan slogan, “berani kerana benar”.

So YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini.

-Syed Saddiq-

Nur Farra