Siakap Keli

Bekas Vokalis Kumpulan Melissa Meninggal Dunia

Bekas vokalis kumpulan rock 90-an Melissa, Mohd Radzi Abdul Hamid atau lebih mesra disapa Ustaz Radzi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas rebah ketika sedang membuat persembahan di Panggung Anniversari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Beliau terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan dan sementara menunggu bantuan perubatan, beberapa ahli jawatankuasa Seniman termasuk anaknya turut menghulurkan bantuan.

Sementara itu, adik angkat Allahyarham yang dikenali sebagai Babah Lan berkata, Ustaz Radzi tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum menyanyi.

Beliau yang pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila itu dikatakan sedang menyampaikan lagu pertama persembahannya dan tiba-tiba rebah di atas pentas sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah diberitakan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat

Sumber: Ebit Lew

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)