Siakap Keli

Rakaman Video ‘Bulan Terbalik’ Gemparkan Netizen, Ramai Percaya Bumi Sudah ‘Bergerak’

Tular beberapa hari lalu apabila rakaman ‘bulan terbalik’ dikongsi di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen.

Bulan didakwa berada pada posisi terbalik tidak seperti biasanya dan ada diantara mereka mempercayai bahawa dunia bakal berakhir.

Tetapi setelah melihat secara mendalam, seorang pakar melalui akaun Youtube miliknya menyimpulkan bahawa “bulan berubah sedikit demi sedikit mengenai dataran ekliptik.”

Pada dasarnya ini bermakna bulan bergerak lebih tinggi di orbitnya yang membawa kepada bayang-bayang yang kelihatan aneh di permukaannya.

Video itu telah memperoleh lebih daripada 58,000 paparan sejak muat naiknya pada 18 Disember.

Sumber: Daily Star

Nur Farra