Siakap Keli

5 Filem Yang Mesti Anda Tonton Pada Januari hingga Mac Tahun Hadapan

2018 bakal menutup tirai tidak lama lagi dan tahun ini kita disajikan dengan pelbagai filem-filem yang menarik antaranya Avengers: Infinity War, Black Panther, Spiderman, Aquaman, A Quite Place, Searching, Ant Man and The Wasp dan tidak lupa juga filem tempatan seperti Paskal serta Munafik 2.

Bagaimana pula dengan 2019? Di sini kami senaraikan filem-filem yang mesti anda tonton pada tahun hadapan. Pastikan filem-filem ini ada dalam kalendar korang supaya tidak terlepas!

1 – Escape Room (24 Januari 2019)

Escape Room merupakan filem bergenre horror yang dibintangi oleh Logan Miller, Deborah Ann Woll, Taylor Russell dan Tyler Labine. Secara rumusannya, filem ini menceritakan mengenai enam individu yang terperangkap dalam satu kawasan dan terpaksa menggunakan apa sahaja untuk terus hidup.

2 – How To Train Your Dragon: The Hidden World. (31 Januari 2019)

Tak perlu diceritakan lagi, filem animasi keluaran Dream Works TV ini akan mula ditayangkan pada 31 Januari. Di dalam trailer yang dikeluarkan, dapat dilihat Toothless jatuh cinta dengan seekor naga yang bernama Light Fury. Bagi yang sukakan siri How To Train Your Dragon, sequel ini adalah mesti tonton untuk anda.

3 – Lego Movie 2: The Second Part (7 Februari 2019)

“Everything is Awesome!!”. Jika anda pernah menonton siri pertama filem ini, anda pasti kenal dengan si Emmet a.k.a The Choosen One. Di dalam siri kedua ini, filem Lego mengisahkan tentang Bricksburg yang diserang oleh penceroboh dari angkasa lepas. Dan kali ini, Emmet akan ke angkasa lepas.

4 – Cold Pursuit (21 Februari 2019)

Cold Pursuit merupakan filem yang dibintangi oleh bintang filem aksi Liam Nesson. Dalam Cold Pursuit, Liam memegang watak sebagai seorang pemandu trak pengorek salji yang mahu membalas dendam terhadap pengedar dadah diatas kematian anaknya.

5 – Captain Marvel (7 Mac 2019)

7 Mac adalah tarikh yang ditunggu-tunggu peminat marvel. Watak Captain Marvel akan membuat penampilan ulung dalam filem ini. Captain Marvel juga akan turut tampil dengan filem Avengers: Endgame yang akan ditayangkan pada April 2019 biarpun wataknya tidak kelihatan dalam trailer filem terbabit. Jadi filem Captain Marvel wajib ditonton jika anda mahu mengenali Captain Marvel sebelum terus melompat ke Avengers: Endgame.

salor30

Programmer. Musician. #YOLO