Siakap Keli

Anggota Penyelamat Terkejut Budak Lelaki 5 Tahun Masih Hidup Selepas 12 Jam ‘Dihempap’ Runtuhan Tsunami

Korban bencana tsunami Selat Sunda semakin meningkat dari masa ke semasa.  Terbaru, kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai masih hidup selepas ditarik keluar daripada sebuah kereta yang terkandas dan dipercayai terperangkap lebih 12 jam.

Ali, 5 tahun bagaimanapun terselamat apabila salah seorang ahli penyelamat terdengar sayu suaranya daripada bawah timbunan bangunan yang runtuh.

Polis lantas mengeluarkan kepingan kayu daripada pokok yang jatuh menghempap kereta tersebut dan seolah-olah tidak percaya bahawa kanak-kanak itu masih hidup selepas terkandas berbelas jam lamanya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika ada lagi mangsa yang terperangkap bersama-sama Ali didalam kereta berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah Ali umur 5thn dapat diselamatkan

A post shared by Reeza ❤ Middlianti (@reezaherasbudi) on

Sumber: Mirror UK

Nur Farra