Siakap Keli

Kejohanan PUBG Mobile Sulung Malaysia, Anjuran Vivo Menawarkan Hadiah RM60,000. Jom Pakat Daftar Pasukan Masing-Masing Dan Makan Chicken Dinner!

Anda selalu main PUBG Mobile? Selalu dapat Chicken Dinner? Power sangat sampai naik ranking ‘Ace’ dan ‘Conquerer’?

Semua tu tak ada makna kalau korang tak tunjukkan skill korang tu kat PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2018, tournament PUBG Mobile paling besar dan yang pertama seumpanya di Malaysia.

Pasukan yang sudah mendaftar perlu melalui peringkat saringan terlebih dahulu yang diadakan di Johor, Sabah, Sarawak dan juga Kuala Lumpur. 4 pasukan terhebat daripada setiap peringkat saringan ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019, sekaligus merebut hadiah utama RM60,000!

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC ini:

Johor : 22 Disember 2018, Paradigm Mall, Johor (sudah berlangsung)
Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Perlawanan peringkat akhir akan diadakan pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Suasana meriah peringkat saringan di Paradigm Mall, Johor 22 December
Suasana meriah peringkat saringan di Paradigm Mall, Johor 22 December

Kalau korang rasa dah cukup power, dan cukup 4 orang rakan pasukan, boleh daftar team korang kat sini.

“Dengan menganjurkan acara sedemikian, Vivo berharap dapat menyemai semangat kerja berpasukan dan mahu memupuk aktiviti e-sukan di kalangan rakyat Malaysia” kata CEO Vivo Malaysia, Mike Xu.

Jom pakat ramai-ramai join!

#vivoMalaysia #vivoMY #vivoV11 #vivoXPUBG#PUBGMalaysiaNationalChampionship

 

Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think