Siakap Keli

Malaysia Duduki Tangga Teratas Paling Banyak Cuti Umum Di Asia Tenggara

Pasti ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa negara kita, Malaysia merupakan antara negara Asia Tenggara yang paling banyak cuti umum pada tahun 2019.

Malaysia mengambil tangga teratas dengan jumlah cuti umum tertinggi, 50 hari, dan tempat kedua, Kemboja 31 hari.

Thailand, negara gajah putih mempunyai cuti umum sebanyak 26 hari, diikuti dengan Myanmar sebanyak 25 hari dengan acara perayaan nasional seperti Tabaung, Kasong, Waso dan Tazaungmone.

Tempat ke 5 jatuh kepada negara Filipina yang mempunyai 21 hari cuti umum seterusnya Indonesia dengan 20 hari.

Brunei jatuh tempat ke 7 dengan jumlah hari cuti umum sebanyak 19 hari dan Singapura 14 hari.

Tangga ke 9 jatuh kepada negara Laos yang akan menikmati cuti umum sebanyak 14 hari dan akhir sekali, Vietnam yang hanya mempunya 11 hari cuti umum dalam setahun.

via GIPHY

Sumber: Kompas

Nur Farra