Siakap Keli

Terkini: Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019, Dikekalkan Pada Harga Siling Jika Harga Minyak Global Melambung

Kuala Lumpur, 24 Dec: Kerajaan dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan itu didatangkan dengan penetapan harga siling iaitu RM2.20 bagi petrol RON95 dan RM 2.18 bagi diesel. Ini bermakna jika harga minyak dunia melambung tinggi, pengguna akan menikmati RON95 pada harga RM2.20 dan diesel pada harga RM2.18.

Sebaliknya, jika berlaku penurun pada harga minyak mentah dunia, harga RON95 dan diesel akan diselaraskan mengikut Automatic Pricing Mechanism (APM) setiap minggu yang bermakna pengguna akan menikmati harga petrol dan diesel yang lebih rendah dengan lebih cepat.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut berkata pengekalan harga siling petrol akan diteruskan sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019.

Baca kenyataan penuh dibawah:

 

salor30

Programmer. Musician. #YOLO