Siakap Keli

Vivo Malaysia Buat Hal Lagi, Menangi Hadiah Kereta Proton Saga Dan ‘Cash Back’ Sehingga 100% Sempena Vivo Christmas Carnival

Jenama telefon pintar terkemuka dunia, Vivo sekali lagi muncul dengan jualan akhir tahun sempena Hari Natal yang bakal tiba 25 Disember ini. Vivo Christmas Carnival ini bakal berlangsung bermula 22 Disember sehingga 1 Januari 2019. Ini membuktikan bahawa Vivo sentiasa menghargai pelanggan mereka dengan pelbagai tawaran serta diskaun yang tidak masuk akal.

Sempena Vivo Christmas Carnival ini, Vivo menawarkan hadiah terkumpul berjumlah sehingga RM 1 Juta kepada pelanggan setia Vivo Malaysia. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM500 (satu resit pembelian) di mana-mana Vivo Official Store kemudian daftar pembelian anda untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Saga dan pulangan wang tunai sehingga 100%.

Untuk tawaran bulan Disember ini, anda boleh mendapatkan Vivo V11i di mana-mana Vivo Store atau pasaran dalam talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Vivo Official e-store dengan harga Rm1,099 sahaja. Pelbagai lagi model yang boleh anda dapati dengan harga yang sangat berbaloi seperti Vivo NEX, V11 dan Y91i.

Penulis ingin menyentuh sedikit tentang Vivo NEX yang menjadi telefon pintar pertama di dunia yang mengaplikasikan kamera hadapan tersembunyi untuk pengguna mendapatkan sebuah telefon pintar dengan skrin paparan Ultra FullView sehingga 6.59 inci. Peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin untuk memudahkan anda nyah-kunci telefon pintar anda.

Sementara itu, bagi penggemar telefon pintar kelas pertengahan pula, Vivo V11i adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda miliki. Hadir dengan 16MP + 5Mp untuk dual kamera utama, kedua-duanya dikawal oleh algoritma AI berkuasa tinggi yang mampumenghasilkan gambar dalam mode Bokeh yang cukup artistic. Vivo V11i juga hadir dengan storan 4GB RAM dan disokong dengan 128GB ROM untuk memastikan telefon anda beroperasi dengan lebih lancar.

Jika anda mencari telefon pintar bajet yang memiliki paparan yang lebih luas, ternyata Vivo Y81i adalah jawapannya. Didatangkan dengan saiz paparan sehingga 15.5% lebih baik berbanding telefon pintar yang biasa. Dilengkapi dengan kamera 13MP untuk kamera utama yang turut disempurnakan dengan AI Face Beauty yang boleh mengesan jantina, umur, tona kulit serta dan cahaya disekeliling anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati Facebook, Instagram, Twitter, Youtube atau terus ke www.vivo.com/my

#vivoMalaysia #vivoMY #vivoChristmasCarnival

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)