Rakaman klip video menyaksikan kedatangan tsunami meruntuhkan panggung konsert band pop terkenal Indonesia, Seventeen yang sedang membuat persembahan di sebuah resort di Tanjung Lesung, Indonesia memberi impak kepada orang ramai.
Detik-detik cemas itu sempat dirakam menunjukkan gelombong air tinggi telah meruntuhkan pentas itu daripada belakang.
Vokalis utama kumpulan itu, Riefan Fajarsyah turut berkongsi kesedihan dan meminta semua orang berdoa melalui laman Instagram miliknya.
“Kami kehilangan pemain bass kami, Bani dan pengurus kami Oki, isteri saya juga” katanya sambil mengesat air mata.
Terbaru, beliau dalam kemaskini akaun Instagramnya mengesahkan isterinya telah meninggal dunia dan jenazah selamat ditemui selain 3 anggota kumpulannya yang turut terlibat dalam bencana berkenaan.