Siakap Keli

Niat Asal Nak Tolong Kawan, Namun Terpaksa Tanggung Derita Muka Melecur Angkara Wap Panas Spa Bergerak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Trend spa bergerak kini semakin mendapat perhatian dan sokongan netizen yang rata-rata menyukai perkhidmatan seperti ini kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa.

Selain memenuhi keperluan para wanita untuk kekal lebih cantik dengan kaedah yang mudah, spa bergerak turut membantu para wanita lain untuk menambah pendapatan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya berhadapan dengan perkhidmatan spa bergerak sehingga mencederakan hampir keseluruhan muka.

Wap pemanas yang digunakan semasa proses rawatan telah tumpah keatas muka wanita ini dan pelakunya didakwa tidak mahu bertanggunjawab.

Memandangkan ramai yg meminta utk saya menulis kisah ini dlm bahasa melayu, jadi di bawah ini adalah terjemahan daripada kisah di atas. Sapa rajin bqca, sila baca, tp kalau dah faham versi bahasa inggeris, xperlu lagi.

Pada hari Ahad, kawan saya inazalina mendapatkan servis facial dgn mobile spa The ********, dengan pakar kecantikan *****.

Apa yg mengecewakan adalah, yg kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yg menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dahla dia tak dengar ckp kawan sy yg risaukan steamer tu terlalu dekat, sudahnya mmg betul2 tumpah. Ko rasa? Kawan saya pon pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yg terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan dan apa yg lebih mengecewakan kawan saya ini bekerja sebagai customer servis yg perlu berjumpa org setiap hari.

Kawan saya menghubungi pakar krcantikan tersebut utk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam ward, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c shaklee sebagai “pampasan”. Kawan saya juga menghubungi founder TWB tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu.

‌Oleh itu, saya disini membantu mencoretkan post ini utk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yg tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dpt panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak TWBP lg. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda. Tiada apa lagi yg boleh kembalikan muka beliau seperti dlu, telanla berkotak-kotak supplement ataupun buat segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yg sgt panjang utk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau? Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pon takut nak tgk muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanla post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.



‌Sekian,
‌Nukilan ikhlas dari saya, Quiyah.

Sumber: Nur Narquiyah Halil

Nur Farra