Siakap Keli
Sumber: American Geophysical Union

Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif

Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda.

Jangkaan tersebut dikeluarkan sehari selepas gelombang tsunami tinggi menerjang kawasan Selat Sunda yang telah mengorbankan ratusan nyawa akibat daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

Richard Teeuw, seorang pakar tsunami dari Universiti Portsmouth menjelaskan berkemungkinan munculnya tsunami susulan ekoran keaktifan gunung berapi Anak Krakatau sehingga kini.

“Kemungkinan tsunami susulan di Selat Sunda akan ada kerana Gunung Anak Krakatau sedang dalam keadaan aktif.  Oleh sebab itu, ia mungkin akan memicu tanah longsor dalam masa ke semasa.”

Jacques-Marie Bardintzeff, peneliti tsunami dari University of Paris-South juga memperingatkan masyarakat untuk berhati-hati denagn aktiviti Gunung Anak Krakatau yang tidak stabil.

“Tsunami yang disebabkan oleh letusan gunung berapi jarang terjadi.  Salah satu yang paling terkenal sehingga mematikan gunung tersebut adalah letusan ‘Ibu’ Krakatau pada 1883.” katanya.

Pakar ketiga David Rothery dari Open University turut menyokong kenyataan itu bahawa penyebab tsunami berpunca daripada keruntuhan dari bawah air.

Simon Boxall dari Southampton University pula menambah gelombang yang menghentam beberapa wilayah telah memburukkan kawasan setempat.  Wilayan itu kini berada dalam gelombang musim-semi.

Sumber: Tribun News

Nur Farra