Siakap Keli

Hartawan ‘Pemurah’ Taja Majlis Kahwin Beratus-Ratus Pengantin Wanita Setiap Tahun, Termasuk Pengantin Muslim

Beratus-ratus orang pengantin wanita yang tidak mempunyai ayah berkahwin dalam satu majlis perkahwinan mega bersama-sama pasangan masing-masing yang ditaja oleh hartawan barang perhiasan yang dermawan, di India.

Mahesh Savani yang sudahpun menaja perkahwinan lebih 3000 pengantin wanita sejak lapan tahun lalu percaya meringankan beban pengantin wanita tidak berayah ini adalah rahmat daripada Tuhan.

Tahun ini, beliau menaja perkahwinan seramai 261 orang wanita, termasuk enam pasangan Muslim dan tiga pasangan Kristian yang diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Gujerat, lapor DNA India.

Mahesh sendiri disamping beberapa ahli pentadbiran kerajaan negeri turut menyertai upacara perkahwinan mengikut agama Hindu yang dikenali sebagai Kanyadaan, iaitu upacara menyerahkan anak perempuan kepada pengantin lelaki.

Di India, ayah kepada pengantin wanita bertanggungjawab untuk menyediakan perbelanjaan bagi perkawinan anak gadisnya itu.

Mahesh selaku penganjur majlis perkahwinan mega ini menaja sebanyak 200,000 Rupees (RM 12 ribu) bagi setiap pengantin perempuan termasuk kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin. Mahesh bagi tahun sebelumnya pernah menaja sebanyak 500,000 Rupees (RM 30 ribu) bagi setiap pengantin perempuan.

Dalam kalangan 261 pengantin perempuan tersebut, seramai 118 pengantin perempuan merupakan anak tunggal manakala 54 orang lagi merupakan anak yatim piatu.

Mahesh sebelum ini memberitahu media bahawa dia merasa bertanggungjawab secara sosial untuk membantu pengantin-pengantin perempuan ini yang tidak mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan sendiri.

Perkahwinan di India adalah satu majlis yang mahal dimana keluarga pengantin lelaki seringkali perlu menyediakan hadiah ataupun hantaran yang tinggi kepada keluarga pengantin perempuan.

Manakala secara tradisinya, ayah pengantin perempuan pula bertanggungjawab untuk menganjurkan majlis perkahwinan dipihak pengantin perempuan. Sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai ayah, peluangnya untuk mendirikan rumah tangga hampir pasti tidak lagi wujud.

Menurut Mahesh, beliau mula menganjurkan majlis perkahwinan untuk pengantin wanita sejak 2008 susualan kematian saudara terdekat, dimana beliau mengambil tanggunjawab untuk menanggung majlis perkahwinan tersebut.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.