Siakap Keli

‘Kantoi’ Tangkap Gambar Gadis Dalam Train, Warga Emas Pura-Pura Diserang Sakit Jantung Elak Dipukul

Selepas ‘kantoi’ mengambil gambar  seorang gadis muda di dalam train, seorang lelaki emas membuat helah dengan cuba berlakon mengalami serangan jantung bagi mengelak diserang oleh orang awam.

Rakaman video mengenai kejadian yang berlaku di Buenos Aires, Argentina itu tersebut diambil oleh penumpang keretapi yang turut berada di situ sebelum dimuat naik ke laman Facebooknya.

Selepas kelakuan lelaki tersebut disedari orang ramai, pihak polis datang ke lokasi kejadian dan meminta dia untuk keluar dari tren tersebut.

Bagaimanapun, lelaki warga emas itu enggan berganjak dari tempat duduknya dan meminta pihak polis untuk menembaknya sahaja.

 

Pada masa yang sama, dia juga enggan memadam gambar wanita yang kononnya berpakaian menjolok mata.

“Anda bukan bos yang boleh mengarah-arahkan saya,” jawabnya apabila diminta untuk memadam gambar tersebut.

Demi mahu mengelak di serang secara beramai-ramai di dalam tren itu, lelaki itu segera berlakon diserang sakit jantung dengan memegang dadanya sambil mengerang kesakitan.

Pihak polis dan orang awam bagaimanapn tidak mempercayai lakonan lelaki tersebut hingga akhirnya dia dihalau keluar dari tren tersebut.

Sumber: MirrorUK

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar