Siakap Keli

Lelaki Bunuh Isteri Dan Kemas Kini Status Facebook Mangsa Selama 7 Bulan Elak Disyaki Polis

Seorang pakar bedah membunuh isterinya dengan menolak mangsa dari tebing dan selama 7 bulan selepas itu, suspek telah mengemas kini profil media sosial isterinya untuk mengelakkan kecurigaan terhadap pembunuhan yang dibuat.

Dr Dharmendera Pratap Singh kini ditahan selepas didakwa membunuh mangsa dengan memberikannya dadah.

Suami barunya merupakan suspek awal kes tersebut, namun pegawai polis menahan Singh dan 2 lagi rakan kongsi selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena daripada suspek.

Polis turut memberitahu bahawa Singh sentiasa mengemaskini status isterinya sejak beberapa bulan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, telefon mangsa dijumpai dan ia membuatkan Singh merupakan suspek utama pembunuhan.

“Lepas bunuh Rakhi (isteri), dia kemas kini sosial medianya melalui telefon.  Dia adalah suspek utama kes ini,” kata pihak polis.

Siasatan sehingga kini masih dijalankan.

Sumber: Mirror

Nur Farra