Siakap Keli
Gambar Hiasan

Separuh Daripada Rakyat Malaysia Raih Pendapatan Bawah RM 2000 Setiap Bulan

Kira-kira separuh daripada rakyat Malaysia memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,000 mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Market.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, pendapatan bulanan ini berebza-berbeza dengan setiap negeri dengan penduduk di Putrajaya menikmati pendapatan bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM 3,250 sebulan manakala penduduk di Sabah adalah paling rendah iaitu sebanyak RM 1,240 sebulan.

Empat buah negeri di Utara mencatatkan pendapatan bulanan di bawah RM 2,000 iaitu , Kedah (RM 1,500), Perlis dan Perak (RM 1,630) serta Pulau Pinang (RM 1,800).

Manakala tiga buah negeri di Pantai Timur juga mencatatkan pendapatan dibawah RM 2,000 iaitu Kelantan (RM 1,200), Terengganu (RM 1,500) dan Pahang (RM 1,600).

Tiga buah negeri di selatan tanah air iaitu Johor memperoleh pendapatan bulanan RM 1,950 diikuti Negeri Sembilan (RM 1,870) dan Melaka (RM 1,680). Negeri maju, Selangor pula mempunyai pendapatan melebihi RM 2,000 iaitu RM 2,362.

Bagi Sarwak pula, pendapatan bulan yang dinikmati penduduknya adalah RM 1,350.

Maklumat penuh jumlah pendapatan berdasarkan pekerjaan, strata, jantina dan pendidikan adalah seperti di bawah.

The Edge Market

Sumber: The Edge Market

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.