Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

‘Seronok Baca Komen Netizen’, Respon Menteri Agama Isu ‘Warkah Cordoba’

Surat terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kepada ‘Puteri Reformasi’, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini telah dijadikan bahan jenaka dalam kalangan netizen, selain turut mendapat respon daripada Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Mujahid dalam respon balas mengakui seronok membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di perkongsiannya tersebut.

”Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini.

”Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua. Terima kasih atas teguran semua,” katanya dalam kemas kini terbaru itu.

Bagaimanapun Mujahid berharap orang ramai memberi tumpuan kepada isi kandungan tersebut yang hendak disampaikan.

Katanya lagi, perkongsian yang dibuat itu mungkin berguna kepada anak-anak muda bagi memahami liku-liku hidup sebagai ahli politik, seperti yang dilaluinya ketika waktu muda.

Terdahulu surat terbuka yang dimuat naik 21 jam lalu sudahpun mendapat like lebih daripada 8 ribu dan dikongsi lebih 7 ribu kali.

Sumber: Dr Mujahid Yusof Rawa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.