Siakap Keli

Thailand Luluskan Penggunaan Ganja Perubatan Sebagai Hadiah Tahun Baru Buat Warga Thai

Kerajaan Thailand pada Selasa meluluskan penggunaan ganja dalam perubatan dan untuk tujuan kajian, negara pertama di rantau Asia Tenggara yang terkenal dengan undang-undang ketat berhubung penggunaan dadah.

Thailand yang dipimpin kerajaan tentera hari ini pernah membenarkan penggunaan ganja dalam dunia perubatan sehingga tahun 1930, mengundi setuju untuk menghapuslan Akta Narkotik 1979 dalam sesi perbahasan parlimen lanjutan bagi menyelesaikan perkara tersebut sebelum ketibaan tahun baru.

”Ini adalah hadiah tahun baru daripada Parlimen kepada rakyat dan kerjaan Thai,” kata jurucakap yang membawakan draf tersebut ke Parlimen, Somchai Sawangkarn.

Walaupun beberapa buah negera seperti Colombia dan Kanada sudah sekian lama membenarkan penggunaan ganja perubatan dan rekreasi, cerita berbeza berlaku di Asia Tenggara apabila beberapa buah negara masih mengamalkan peraturan ketat, malah antara paling ketat di dunia berhubung penyalahgunaan dadah.

Malaysia, Singapura dan Indonesia misalnya mengenakan hukuman mati kepada pesalah dadah.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan dalam kalangan pengamal perubatan tempatan di Thailand yang khuatir keizinan yang diberi akan memberi manfaat kepada firma perubatan asing berasaskan ganja untuk menguasai pasaran tempatan disebabakan kepakaran dan pengalaman sedia ada mereka.

”Kami mendesak kerajaan untuk meneliti semua permintaan kami ini terlebih dahulu sebelum undang-undang baru tersebut dikuatkuasakan,” kata Panthep Puapongpan, Dekan Institut Perubatan Intergratif dan Anti-Penuaan Rangsit.

Sesetengah warga Thai juga berharap kerajaan turut mengambil kira dan membenarkan ganja untuk tujuan rekreasi di masa depan.

Sumber: CNBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.