Siakap Keli
Sumber Gambar: Pets4Homes

UK Haram Kedai Haiwan Peliharaan Jual Anak Kucing Dan Anjing Tahun Depan

Semua kedai haiwan di United Kingdom bakal diharamkan daripada menjual anak kucing dan anjing bagi mengekang orang awam ‘menternak’ kedua-dua haiwan tersebut.

Selain itu, peraturan yang sama turut berkuatkuasa untuk pihak ketiga yang menjual kucing dan anjing di bawah usia 6 bulan. Ini bermakna, orang ramai yang berminat untuk membeli kucing atau anjing di bawah usia tersebut perlu berurusan secara terus dengan pusat pembiakkan berdaftar.

Penguatkuasaan peraturan baru ini diumumkan oleh Department of Environment Food and Rural Affairs (Defra) hasil keputusan tinjauan yang dibuat dimana lebih 95 peratus orang awam menyokong pengharaman tersebut.

Oktober lepas, UK juga mengeluarkan arahan untuk mengharamkan pengeluaran lesen kepada pusat-pusat pembiakkan yang menjual anak kucing dan anak anjing di bawah usia 8 minggu.

Jurucakap kementerian berhubung kebajikkan haiwan, David Rutley dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan komited untuk ‘membenarkan setiap haiwan memulakan hidup yang sempurna daripada kecil’.

”Saya menggesa semua orang ramai supaya tidak membeli anak kucing ataupun anak anjing. Haiwan perliharaan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kira buat sekian lama,” katanya.

Sumber: Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.