Siakap Keli
Gambar Hiasan

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Bila saja sebut bunga kenanga, ramai yang tidak tahu tentang kebaikan dan khasiatnya.  Kenanga juga mempunyai nama latin iaitu ‘Cananga Odorata’.  Nama lainnya ialah ‘Ylang Ylang’. Tanaman ini kebiasaannya tumbuh merata-rata tanpa disemai kerana ia diketegorikan dalam tumbuhan cepat tumbuh.

Bunga kenanga ini mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman. Bunga ini mempunyai dua warna iaitu warna hijau dan kuning. Memiliki daun yang panang dengan tekstrur halus dan berkilau.

Selain itu, bunga kenanga juga dikenali sebagai penghasil minyak yang cukup tinggi akan tetapi kandungan minyak menguap dengan mudah. Sebagai tambahan untuk khasiat bunga ini, ada beberapa khasiat dan kebaikan bunga ini untuk manusia.

1. Sebagai Aromaterapi

Kandungan minyak esen yang terdapat dalam bunga kenanga ini boleh dijadikan bahan altenatif untuk membuat sebagai minyak wangi aroma terapi. Bau yang wangi dan menyenangkan serta boleh menghilangkan perasaan gelisah, panik dan kemarahan.

2. Membantu mengatasi kulit kering

Estrak bunga hijau kekuningan ini digunakan sebagai bahan utama dalam pembikinan sabun. Biasanya digunakan untuk mengawal kulit berminyak. Ia juga sangat sesuai digunakan untuk segelintir orang yang mengalami masalah kulit muka kering.

3. Mengurangkan risiko diabetes

Bunga ini sangat terkenal dengan minyaknya yang berkhasiat untuk mengatasi risiko kerosakan saraf akibat komplikasi diabetes, estrak ini dapat melindungi tisu dan sel daripada kerosakan dan menjadikannya ubat kencing manis yang semula jadi.

4. Meningkatkan perasan positif

Sekiranya anda berasa terlalu letih atau dikecewakan, cubalah untuk menghidu keharuman semulajadi dari bunga ini pasti membantu anda untuk lebih positif pada setiap hari mendatang. Aroma daripada bunga ini mampu memberikan tenaga positif dan berguna untuk melawan keletihan atau sakit badan.

5. Penjagaan rambut secara semulajadi

Gabungan minyak kelapa dan estrak bunga kenanga ini mempunyai banyak manfaat untuk rambut. Salah satunya untuk mengelakkan kekusutan dan kelemumur sementara itu juga berfungsi sebagaiubat anti-keguguran rambut. Sesetengah orang berpendapat, hasil gadungan ini boleh membunuh kutu kepala.

 

Sumber : atsirichkenal-diriorganicfactsdraxe

 

 

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.