Siakap Keli

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser? Baca Penjelasan Doktor Pakar Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka rupanya bengkak pada leher bukan semuanya merupakan sakit biasa-biasa yang boleh kita pandang remeh kerana ianya sebenarnya mungkin merupakan petanda penyakit kanser.

Bengkak pada bahagian leher ini dikatakan merupakan petanda awal yang akan timbul bagi seseorang yang menghidapi sakit kanser.

Oleh itu, sekiranya anda atau ada ahli keluarga yang menghidapi masalah ini, segeralah rujuk ke doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Ikuti penjelasan dari Dr Ezairy M. Sallih di laman Facebooknya tentang kaitan bengkak pada leher dan sakit kanser.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan

“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”

Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.

Ia mungkin salah satu petanda kanser!

Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, limfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.

Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.

Gambar hiasan

Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung, seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.

Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.

Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.

Sila #kongsikan artikel ini jika anda rasa ia amat berguna untuk orang yang anda sayangi. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar