Siakap Keli

Cemburu Kerana Ambil Masa Terlalu Lama Berbelanja Untuk Krismas, Wanita Tikam Bekas Suami Bertubi-Tubi

Seorang wanita bertindak menikam bekas suaminya empat kali selepas lelaki itu mengambil masa yang begitu lama semasa membeli-belah untuk perbelanjaan hari Krismas.

Stuart Simpson, 45, diserang oleh bekas isterinya Sonia Simpson, 52, menggunakan pisau dapur di rumahnya dekat Great Yarmouk, Norfolk sebelum Krismas.

Stuart yang juga merupakan seorang tukang masak mengalami kecederaan pada paru-parunya dan hilang keyakinan diri setelah 10 tahun didera fizikal dan mental oleh bekas isterinya yang kuat cemburu.

Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah, Sonia dikatakan seorang isteri yang kuat cemburu dan sering menuduh Stuart curang dibelakangnya.

“Dia tidak memahami kerja saya sebagai seorang tukang masak dan sering menuduh saya curang dengan majikan,” jelasnya.

Mereka berpisah pada bulan OktoberĀ  tahun lalu sebelum bersetuju untuk kekal sebagai kawan sehinggalah kejadian tersebut berlaku.

Sewaktu kejadian, Stuart menjemput Sonia untuk menghadiri jamuan dirumahnya bersama teman barunya sebelum meinta izin untuk keluar berbelanja sebentar.

Stuart mengambil masa agak lama semasa berbelanja berikutan keadaan jalan yang sesak dengan orang ramai yang turut keluar berbelanja membuatkan Sonia menjadi cemburu dan mula naik berang.

Setibanya dia dirumah, Sonia dilihat sedang meninggikan suara kepada Stacey yang merupakan teman wanita Stuart sebelum cuba mencederakannya.

Stuart ditikam pada bahagian belakang berkali-kali sewaktu cuba menghalang Sonia dari mencederakan Stacey.

Bagaimanapun, Stuart dan Stacey sempat melarikan diri keluar dari rumah dan mengunci Sonia di dalam rumah sebelum menghubungi polis.

Sonia telah mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan menyerang dan mencederakan Stuart dan Stacey serta dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar