Siakap Keli

Ibu Terkejut Anak 4 Tahun Mengadu Dakwa Lubang Duburnya ‘Dicucuk’ Anak Pengasuh Umur 13 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan.  Setiap anak memiliki sifat mereka tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan kebutuhan mereka.

Membesarkan dan mendidik anak lelaki dan perempuan mempunyai cara dan cabaran berbeza yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.  Walaubagaimanapun, anak merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga dan didik sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna.

Selain dari ilmu yang dipelajari di sekolah, anak-anak juga perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang lain seperti adab, etika dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka terdedah dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dari rumah.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan daripada Akhi Fairuz yang berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang ibu yang terkejut apabila mendapati anaknya telah diliwat.

Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.

Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!

Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.

Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private partnya (bibir, dada, punggung, kemaluan) disentuh, diraba, apatah lagi dimasukkan zakar.

Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor perlu periksa kesan tusukan atau koyakan, samada kesan baru atau dah lama (berkali-kali berlaku).

Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.

Ingat 3 step ini, ajarkan pada anak,

1. JERIT kuat-kuat
2. LARI
3. MENGADU

Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham. Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.

Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak. Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu untuk haknya!

Share post ini. Tag pasangan anda. Biar ramai ibubapa yang alert!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

————————————

👉 Guide untuk memilih pengasuh untuk anak-anak : http://bit.ly/2rQI4we
👉 Ajar anak nama sebenar bagi kemaluannya : http://bit.ly/2Q3aGM8
👉 Talk Now! Protect Always : http://bit.ly/2QTzko0
👉 Ibubapa berjimak depan anak, mereka tiru : https://bit.ly/2twCeBm
👉 Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa bila anak dicabul pedophile : https://bit.ly/2tI0sYr
👉 Bagaimana seorang ayah boleh berikan cinta kepada anak perempuannya? http://bit.ly/2It4SIg


Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Nur Farra