Seorang lelaki warganegara India telah dilepaskan dari hukuman penjara selama 6 tahun di Pakistan selepas dia memasuki negara itu untuk bertemu dengan kekasih hatinya yang dikenalnya melalui laman Facebook.
Hasrat Hamid Nehal Ansari, 33 masuk ke Pakistan secara haram dari Afghanistan pada tahun 2012 untuk berjumpa dengan wanita itu bertukar menjadi episod ngeri apabila polis Pakistan telah pergi ke rumah wanita tersebut dan menahannya.
Dia ditahan atas kesalahan pengintipan dan pengubahan dokumen haram.
Ketika hari pembebasannya, Hamid yang pernah berkerja jurutera disambut ibunya di sempadan Pakistan-India dan melakukan sujud sejurus dilepaskan oleh pihak berkuasa Pakistan.