Siakap Keli

“Jangan Mudah Jatuh Cinta Di Laman Sosial” Lelaki India Di Bebaskan Dari Enam Tahun Hukuman Penjara Kerana Mahu Jumpa Kekasih ‘Facebooknya’ Secara Haram Di Pakistan

Seorang lelaki warganegara India telah dilepaskan dari hukuman penjara selama 6 tahun di Pakistan selepas dia memasuki negara itu untuk bertemu dengan kekasih hatinya yang dikenalnya melalui laman Facebook.

Hasrat Hamid Nehal Ansari, 33  masuk ke Pakistan secara haram dari Afghanistan pada tahun 2012 untuk berjumpa dengan wanita itu bertukar menjadi episod ngeri apabila polis Pakistan telah pergi ke rumah wanita tersebut dan menahannya.

Dia ditahan atas kesalahan pengintipan dan pengubahan dokumen haram.

Ketika hari pembebasannya, Hamid yang pernah berkerja jurutera disambut ibunya di sempadan Pakistan-India dan melakukan sujud sejurus dilepaskan oleh pihak berkuasa Pakistan.

Dia kini mahu memulakan perniagaan, berkahwin dan membina kehidupannya selepas episod hitam tersebut.
Hamid juga sempat menasihatkan untuk tidak berkenalan dan jatuh cinta dengan seseorang di laman sosial kerana baginya ia membawa akibat yang buruk seperti yang dilaluinya.
“Jangan terlalu bermain perasaan dengan orang yang baru dikenali sehingga jatuh cinta melalui laman sosial seperti Facebook,” ujarnya yang dipetik dari laporan beritan tempatan.
Pakistan dan India sering terlibat dalam konflik sejak mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947. Dua negara ini saling menahan rakyat mereka atas tuduhan mengintip.
Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di