Tak dinafikan ramai yang ‘menjalankan’ perjanjian beli kereta sambung bayar kerana bagi mereka untuk membeli kereta baru memerlukan modal yang agak banyak dan prosesnya lebih mudah.
Namun hakikatnya, perjanjian ini adalah perjanjian yang terdedah dengan pelbagai risiko tidak terjangka sama ada bagi penjual mahupun pembelinya.
Apakah risiko-risiko yang akan dihadapi jika membeli kereta sambung bayar? Mari baca perkongsian daripada Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dibawah. Semoga bermanfaat.
Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?
Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?
Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH !
Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan…
Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.
So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).
Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..
Adalah menjadi kesalahan di bawah
a) Seksyen 38
Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
b) Seksyen 46
Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar. Antaranya…
“Pemilik asal (Eric) memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula”
So, jangan teraniaya ok. Dah sambung bayar 2-3 tahun tiba-tiba orang claim tu kereta dia. Nama tak tukar kt JPJ dan bank. So apa lagi yang kita boleh tuntut ?
Boleh rujuk booklet dari Jabatan Bantuan Guaman untuk lebih lanjut http://www.jbg.gov.my/…/risal…/booklet-akta-sewa-beli%20.pdf
Admin terlupa… Kes ini adalah dibawah bidang kuasa KPDNKK. Lagi contoh untuk kes yang disiasat oleh agensi lain selain PDRM.
#beSmart
#CyberCrimeAlert
#PDRM
Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police