Siakap Keli

Kahwin Kena Enjoy Jangan Stress, Ini Empat Perkara Yang Berubah Selepas Berumah Tangga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melayari bahtera perkahwinan dan hidup bahagia bersama pasangan dan melihat anak-anak membesar sememangnya merupakan impian setiap insan di dunia ini. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia dan menjalani hari-hari indah bersama keluarga.

Tetapi, perkahwinan tidak boleh dipandang dari sudut kemanisannya sahaja kerana setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Pasti ada ujian dan cabaran alam perkahwinan yang akan dilalui dalam melayari bahtera rumah tangga ini.

Setiap pasangan perlu bersabar dalam mengharungi cabaran dan bersama-sama menyelesaikan setiap masalah yang berlaku bagi menjamin lagi keharmonian rumah tangga mereka.

Perlu diingatkan bahawa akan banyak perubahan yang berlaku selepas berkahwin dan tak lagi sama seperti waktu mula-mula bercinta dulu. Oleh itu, kita kenalah sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja yang bakal mendatang.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan dari saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya tentang antara perubahan yang berlaku selepas berkahwin. Apapun, perkahwinan ini haruslah enjoy dan jangan stress-stress ye.

Selamat membaca.

Gambar hiasan

Orang kahwin mana yang tak ada masalah. Semua bermasalah. Tapi tak bermaksud dah berkahwin tak boleh enjoy. Malah lepas kahwinlah kena banyak enjoy, baru bahagia!

Pejam celik dah masuk 6 tahun usia rumahtangga saya dan isteri. Mula berdua sekarang dah berempat.

Banyak sangat perubahan dah berlaku. Baik buruk perubahan itu semua di telan. Suka atau tak tetap kena telan. Inilah kehidupan berumahtangga.

Gambar hiasan

Sekarang dah tak sama macam dulu,

1. Masa mula kahwin dulu tak boleh cakap sebarangan. Walaupun typo kat whatsapp, mudah curiga. Boleh buat merajuk 2-3 hari. Sensetif ya amat.

Sekarang dah lain. Trust tu lebih kuat. Pergi kerja jauh sampai ke negara orang pun dia tak curiga. Nak trust kuat, jangan sesekali buat onak, sekali buat sampai ke tua dia tak percaya.

2. Kalau dulu masing-masing jaga badan. Maintain pakai baju saiz m. Tapi sekarang asal nampak makanan, semua di bedal. Itu sebab saiz baju dah bertukar xl. Suami badan berisi tandanya bahagia. Betul ke?

Tapi badan je berisi tapi poket tak berisi pun tak boleh bahagia juga. Kena lah rajin usaha.

Gambar hiasan

3. Dulu setiap masa nak meseg tanya buat apa tu. Kalau boleh setiap minit nak tahu status terkini. Kadang rasa annoying pun ada.

Tapi sekarang tak ada dah nak meseg-meseg. Call terus je. Itu pun kalau ada emergency baru nak call. Rasa rindu pula nak meseg sweet-sweet.

4. Dulu cepat gelabah. Masalah kecil pun nak haru biru. Ingat lagi masa rania kecil, dia menangis je, dah jerit-jerit panggil isteri. Punyalah gelabah tak tahu nak buat apa masa tu.

Tapi sekarang dah kental. Nak mandi anak, cebuk berak, bagi anak makan semua dah teror. Siap boleh bagi isteri rehat lagi kat rumah. Bukan kena Queen Control ye tapi dah boleh Control Ego sendiri.

Itulah maksud perkahwinan, semua akan berubah.

Gambar hiasan

Berubah lebih baik, atau lebih buruk. Pilihan pada kita sendiri.

Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat. Setiap dugaan dan masalah yang di tempuh sepanjang perkahwinan adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat.

Bak kata Prof. Muhaya,

“Kena ENJOY dengan masalah, sebab masalah itulah yang akan buat kita jadi lebih kuat !”

Perkahwinan adalah ujian. Ujian kejujuran, ketahanan dan kepimpinan. Lulus ujian ni jambatan syurga menanti kita.

No Pain, No Gain !

p/s : Post ini Halal untuk di kongsi semoga ramai dapat manfaat.

p/s : Jom belajar lebih lagi ilmu kekeluargaan dan keibubapaan di telegram saya.
Ini linknya 👉 t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar